MYNISOLIVING

Monday, March 22, 2010

Kasihnya ibu...

Kasihnya ibu...
Membawa ke syurga.....
Dan kasihnya ayahanda...
Berkorban jiwa.....


Itulah antara bait-bait yang terdapat dalam lagu KASIHNYA IBU, betapa besarnya pengorbanan seorang insan yg bernama IBU, yg mengandungkan kita selamat 9 bulan 10 hari, melahirkan kita dengan pelbagai kepayahan dan yang membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang, tiada berbelah bagi. Begitu banyak kita dgr ttg pengorbanan kasih seorang IBU, dan hari ini aku paparkan pula bagaimana pergorbanan yg begitu besar dari seorang insan yg bergelak ANAK terhadap seorang insan bergelar IBU. Semoga kisah-kisah ini dapat memberi kita satu tauladan yg patut kita contohi.

KISAH 1
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang membujang kerana mahu menjaga ibunya yang menghidap Parkinson, ditemui mati di pangkuan wanitaitu di kediaman mereka di Flet Kos Sederhana Rendah Fasa 13, Jalan Padi Malinja, Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Membujang? Ya Allah inilah bukti kasihnya seorang anak terhadap ibunya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang anak sanggup melupakan nikmat sebuah perkahwinan utk kebahgiaan ibunya. Tapi adakah kita sanggup berbuat demikian?? Kalau dulu mak dan ayah bertungkus lumus rela bersusah payah demi membesarkan kita dan memberikan kita pelajaran, agar kita menjadi insan yg berguna di dunia dan akhirat. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dosaku kepada ibu bapaku, dosa ibu bapaku terhadapMu Ya Allah! Tempatkanlah mereka dalam rahmat dan kasih sayangMu!

KISAH 2
Abu Bakar Hamzah Mohamad, 41, dikenali sebagai Halim di kalangan jirannya dan bekerja kilang di kawasan perindustrian Ungku Mohsin di sini, dipercayai mati di pangkuan ibunya, Aishah Sulaiman, 65, sejak dua hari lalu.

Kematian Abu Bakar hanya disedari oleh jiran dua beranak itu pagi semalam apabila menjenguk mereka dan mendapati, Aishah, yang tidak dapat bercakap kerana penyakitnya, dilihat memicit Abu Bakar, tanpa menyedari anaknya itu sudah mati. Lihat betapa tinggi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Walaupun diri sendiri menderita namun utk seorang anak yang taat si ibu tetap berusaha memicit anaknya dengan penuh harapan. Inilah bukti keredhoan seorang ibu terhadap anaknya. Redho Allah adalah juga atas redho seorang ibu..Adakah ibuku meredhoi diriku ini?

Aishah, yang kematian suami sejak limatahun lalu bergantung penuh kepada Abu Bakar untuk menyuap nasi dan memandikannya setiap hari kerana penyakit Parkinson dihidapinya. Bayangkanlah sejak 5 tahun! Alangkah bahgianya Puan Aishah memiliki anak yg taat sebegini. Bagi aku kadang-kadang utk berada 5 hari bersama ibunda tercinta pun sudah dirasakan lama, asyik teringat nak balik rumah je, apatah lagi dengan keadaan kesihatan yg begitu. Balik cuti sehari dua dah rasa lama, mak ayah suruh urut/garu belakang pun malas, apatah lagi untuk menjaga ibu yang sakit! Selama 5 tahun!

Pengusaha kedai runcit di flet itu, Saim Arif, 48, berkata pagi Selasa lalu, dia ternampak Halim menunjukkan reaksi seperti sedang menanggung kesakitan, sebelum terjatuh berhampiran motosikalnya. "Halim biasa keluar kira-kirajam 6 pagi dan pagi itu dahinya berdarah selepas jatuh dekat motosikalnya. Penduduk yang nampak berkata, sebelum itu Halim duduk di meja di bawah blok seperti orang sakit. "Saya tanya dia sama ada nak dibawa ke klinik tapi dia tak mahu. Jadi saya cuma tolong dia balik ke rumah," katanya. Ingatan beliau terhadap ibunya melebihi kesakitan yang dihadapi. Mungkin masa tu beliau rasa kalau ke klinik akan memakan masa, bagaimana dengan ibunya? Sapa nak tengok? Kalau kena masuk hospital macammana? Biarlah dia menderita asal ibunya dapat makan, asal ibunya dapat mandi. Saim berkata, selepas dua hari tidak melihat Halim keluar bekerja, beliau menyuruh seorang penduduk flet menjenguk rumah dua beranak itu.

Baguih jugak Si Saim ni kira prihatin jugak la..Inilah peranan seorang jiran. "Ketika dia tiba di rumahnya, pintu tidak berkunci dan apabila diselak, Halim yang tertiarap di ruang tamu sedang dipicit oleh ibunya. Apabila diperiksa, Halim sudah tidak bernyawa, lantas dia menghubungi polis," katanya. Seorang lagi jiran, Kalsom Mohd Ali, 52, yang terkejut dengan kematian itu berkata, hubungan dua beranak itu memang rapat, malah Halim tidak pernah lekang bertanyakan makan minum ibunya. Inilah bukti betapa Halim seorang yang benar-benar bertanggungjawab. Kalau seseorang tu meninggal dunia dan orang lain bercakap tentang kebaikannya maka bersaksilah bahawa orang itu memang benar-benar baik.

"Mereka duduk dua beranak saja di rumah sebelah dan mak cik tak sangka Halim dah meninggal dunia. Sebab itulah dah tak nampak dia. Tengah malam Selasa lalu, ada dengar bunyi batuk Halim kuat, lepas itu bunyi orang jatuh tapi tak adalah kami sangka yang bukan-bukan," katanya. Kalsom yang menyedari kematian itu berikutan kehadiran anggota polis kira-kira jam 8 pagi semalam berkata, Halim mesra dengan penduduk di rumah pangsa itu dan ibunya bergantung hidup padanya.

Tengok, dengan jiran tetangga pun beliau disenangi. Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada sifat sombong dan bongkak! Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk menunaikan hak jiran-jiranku Ya Allah!

"Makan minum ibu, Halim suapkan. Dia tidak beristeri dan selalulah kami dengar ibunya ditanya "mak nak makan", "mak nak pergi bilik air" ketika menjaga maknya itu. "Mak mai makan" , "Mak, nak kencing habaq!". "Apabila ada yang bertanya kenapa tidak berkahwin, Halim menjawab takut nanti isterinya tidak dapat menerima keadaan kesihatan ibunya yang memerlukan perhatian penuh," kata Kalsom. Kasihnya ibu....membawa ke syurga. Kasihnya saudara..masa berada. Teruskan lagu ini berputar..

Jenazah Halim dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh anggota polis Tampoi untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif dekat sini, petang semalam. Ketua Balai Polis Tampoi, Cif Inspektor Mazlan Osman, berkata pihaknya menolak sebarang unsur jenayah sebagai punca kematian Halim.

"Kasih seorang anak menjaga ibunya yang sakit/tua berbeza dengan kasih seorang ibu terhadap anaknya sedari kecil kerana seorang anak mengharapkan ibunya meninggal lebih cepat supaya hilang segala penderitaannya walhal seorang ibu mengharapkan anaknya terus hidup agar menjadi seorang yang berguna" Rasanya Halim bukannya termasuk dlm golongan ini. Semuga Allah memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua. Al-fatihah!

Bagi semua pembaca, sementara ibu dan ayah masih hidup, taburlah bakti kepada mereka. Sesungguhnya kita tidak akan rugi apa-apa selain pahala yang bakal kita perolehi. Insyaallah.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails